Klik! Klik! Klik! Terima Kasih..

Tuesday, August 16, 2011

sambal tauhu holiaw!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمت الله وبركته 

 Alhamdulillah hari ini CB sangat happy kerana CB dapat makan makanan yg dah lama CB tak makan semenjak CB tinggalkan Malaysia. CB jumpa tauhu.. Feveret CB tu..Benda yg boleh dikatakan mustahil di Morocco ni.

 Tanpa melengahkan masa, CB present kat youalls SAMBAL TAUHU HOLIAW!!







Bahan-bahan :

4 biji tauhu dipotong dua
1/2 labu bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*                   (*bahan kisar)
30 g cili kering* 
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap makan
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
hirisan daun sup dan daun bawang untuk hiasan


Cara penyediaan

1) Goreng tauhu sehingga kekuningan. Asingkan.
2) Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering. Biarkan mendidih.
3) Masukkan sos dan kicap dan gaul sebati. Tambah air.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sambal sehingga kering.
5) Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Biar selama 2  minit. Matikan api.
6) Hiaskan dengan taburan hirisan daun sup dan daun bawang.


Selamat Mencuba!!

_______________________________________________________________________

p/s : Agak2 ade x tempe kt Morocco ni?? Tu pon feveret gak..

p/s 2 : Student2 morocco klu nk tahu mana CB dapat tauhu, sila tanye kedai tersebut dkt kak Zaara..Or PM CB..

2 comments:

hana szied said...

sambal dia menarik perhatian !

ChefBujang said...

huhu..trimas..klu ada resepi sambal rahsia bgtaw ler..