Klik! Klik! Klik! Terima Kasih..

Tuesday, June 21, 2011

Puding Makaroni Jagung (Prep. Time : 1 hour)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمت الله

CB dah tamat tempoh pertapaan dah hari ini, seperti yg CB janjikan, CB akan berkongsi dengan anda satu lagi resepi yg menarik dan sesuai dikala musim panas membahang ni.

CB nk kongsi dengan anda semua mcm mana CB boleh dapat idea resepi ni. Sebenarnya resepi ini telah diinspirasikan oleh Mak CB yg tercinta. Masa CB telefon mak CB utk lepas rindu. Mak CB tnya la psal makan minum CB. Tp mak CB tak risau taw sebab.....heee... Maka tersebut la pasal makanan rutin CB iaitu Spaghetti dan Makaroni...Dgn itu, tercetus la idea Puding Makaroni Jagung ni..Tp CB dah ubah sedikit konsepnya...

Jadi dengan rasa bangganya besar hatinya, CB persembahkan..Enjoy!!





Bahan-bahan :

  • 100 g Makaroni saiz 'S' (Direbus dan ditos)
  • 1.5 liter susu (CB suggest Susu Jagung Dutch Lady)
  • 1 cawan gula
  • 10 g serbuk agar-agar (yg bentuk tali rafia pon ok)
  • 2 st esen vanila
  • 1 st pewarna kuning telur
  • 2 cawan air
  • 1/2 st garam
  • 50 g sweet corn (tambah la kalau nak lebih)



Cara Penyediaan :

  1. Tuangkan susu kedalam periuk. Masak diatas api kecil. Susu perlu sentiasa dikacau.
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau sampai gula dan garam larut.
  3. Masukkan esen vanilla dan pewarna.Kacau sampai warna sebati. (Kalau warna x cukup lg, tambah le..)
  4. Masukkan lagi makaroni dan jagung lalu dikacau lagi.
  5. Kacau lagi selama 2 minit dan tutup api.
  6. Didihkan 2 cawan air dalam bekas lain. Masukkan serbuk agar-agar.
  7. Kacau sampai agar-agar larut dan tidak kelihatan lagi.
  8. Akhir sekali, campurkan adunan susu yg dah siap tadi dengan agar-agar. Kacau sebati.
  9. Tuangkan kedalam loyang macam CB punya atau bekas yg anda suka. Biarkan sejuk sebelum disejukkan dalam peti sejuk.



Dah siap..

____________________________________________

CB sempat curi sikit sebelum CB campur dengan agar-agar. Hasilnya..


Bubur Makaroni Jagung!!!

7 comments:

hanaszied said...

wah ! baru buat semalam :)

ChefBujang said...

cmne?? sedap x??

daunkuchai said...

ada lagi dak..?ana nak pi sana...hahaha

ChefBujang said...

ada ustaz..tp trip pertama punya dah abes..ni bru habis buat trip kedua..nnty sy hantar...

asna syimah said...

hurm...rasa2 cam kenal je pinggan tuh...pinggan korang ker tuh...?

ChefBujang said...

to asna syimah. x taw ler..ade je kt dapur tu..pinggan akak ke?? klu ye sy nk hantar balik...

amar said...

cra anda menyampaikan resepi tidak dpat difahami sepenuhnya.klaw boleh tlong labelkan skali jumlah kuantiti bahan yang diperlukan untuk menyediakan makanan...