Klik! Klik! Klik! Terima Kasih..

Friday, October 21, 2011

Ayam Goreng Mamu Penang - Nasi Kandar Style



Assalamualaikum

Semenjak CB tinggalkan Malaysia yang tercinta, makanan-makanan Malaysia sering berjoget-joget di depan mata. Membuatkan CB membazir air liur je.. So dengan tekad CB nak makan NASI KANDAQ!!!

Kepada yang tak tahu dan nak tahu info tentang nasi kandar, sila klik sini.

Masakan ini sangat terkenal dalam deretan lauk-pauk dan juga menjadi lauk pilihan CB (sebab murah sikit).

So, jom kita tengok resepinya...




Bahan-bahan :
5 ketul ayam saiz sederhana
3 sudu serbuk cili
2 sudu serbuk cili
1/2 sudu serbuk halia
1/2 sudu serbuk kulit kayu manis
8 helai daun kari dihiris halus
1 sudu kicap makan
3 sudu jus lemon atau limau nipis
3 sudu minyak masak
4 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu gula


Penyediaan :

  1. Campurkan kesemua bahan.*Campurkan tepung diakhir sekali.
  2. Gaul rata dan perap selama 30 minit.
  3. Goreng dalam minyak panas selama 15 minit.
  4. Hidangkan bersama nasi panas.
  5. Perahkan sedikit lemon atau limau sebelum dimakan.

Bonne appetite!!

No comments: