Klik! Klik! Klik! Terima Kasih..

Sunday, April 24, 2011

Cucur Chocolate Chips





 

 Bismillah..
Assalamualaikum W.B.T 

Ini adalah entry pertama untuk blog Dapur Perantau ini. Setelah lama difikirkan, jadi inilah dia perkongsian kita bersama.

Resepi kali ini amat mudah dan lazat. Sangat menarik untuk semua golongan terutama kanak-kanak dan penggemar coklat. 

Yg ni versi lempeng / pancake / peknga


Bahan-bahan :

½ kg tepung gandum

2 biji telur

2 cawan air

10 sudu besar gula (boleh ditambah jika mahu lebih manis)

8 sudu besar serbuk koko(boleh diganti dengan nescafe atau sirap strawberi)

½ sudu teh serbuk penaik

1 cawan cip coklat (boleh tambah)


 


 

Cara-cara :

Masukkan tepung dalam satu bekas.

Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Biarkan adunan selama 5 minit.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Goreng adunan sehingga masak.

Sedia untuk dimakan.
Yang ini versi cucoq..






Cadangan : Enak dimakan dengan jem atau peanut butter.
                : Boleh juga di tukar kepada pancake ataupun peknga..


 


 


 

No comments: