بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Bersempena dengan Bulan Ramadhan , CB akan berkongsi dgn anda semua satu resepi hidangan berbuka puasa tradisi Morocco yang sangat berkhasiat dengan kekacang dan sayuran. So lets get started!!
Bahan-bahan :
Penyediaan :
nuit appetite!!
Bahan-bahan :
- 5 biji tomato dikisar *
- 2 biji bawang besar (spring onion) dicincang halus *
- 50 g daun parseli dan ketumbar dicincang *
- Sebatang saderi dipotong kecil *
- 2 sudu kecil serbuk halia *
- 200 g ayam atau daging dipotong halus
- 3 sudu kecil serbuk lada hitam *
- 1 sudu besar mentega *
- 1 mangkuk kacang kuda (direndam semalaman) **
- 1 mangkuk kacang lentil (direndam selama sejam) **
- 50 g sohun / vermicelli **
- .2 sudu besar pes tomato **
- 2 liter air ***
- 3 sudu tepung ***
- 2 biji telur ***
Penyediaan :
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan tambah air. Tutup periuk dan masak bahan-bahan dengan api sederhana selama 45 minit. Kacau sekali sekala.
- Masukkan pula bahan-bahan B (kacang kuda, lentils, pes tomato, sohun) . Kacau rata.
- Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam harirah sambil dikacau.
- Biarkan selama 10 minit lagi.
- Pecahkan telur ke dalam harirah dan kacau.
- Sedia dihidanng bersama roti dan kurma.
5 comments:
cayalah CB...
bagus bagus mabruk (:
>> alynn : syukran.. cube la kat rumah..
wahhh ! dah pandai masak harirahhh lahhhh :) awesome !
chokran3x!!
Post a Comment