Klik! Klik! Klik! Terima Kasih..

Sunday, August 28, 2011

Kuih ketayap ke kuih gulung ke ade aku kesah ??!

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullah


CB jarang sangat buat kuih, tapi suka makan. Dua tiga hari lepas akak2 ade bagi CB kuih ketayap - buat moreh. Bile dah selesai makan tu, timbul lah idea kawan CB nak buat jugak kuih ketayap ni. Masing-masing tak pernah buat kuih ketayap. So google je. Masa tengah masak tu, kami berbalah nama sebenar kuih ni - ketayap ke gulung?? Kawan CB tu pelik kenape nama kuih ketayap. Kenapa?? Dia tanya.

So name doesnt matter ok. As long as kita paham apa kuih tu its okay..




Tuesday, August 16, 2011

sambal tauhu holiaw!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمت الله وبركته 

 Alhamdulillah hari ini CB sangat happy kerana CB dapat makan makanan yg dah lama CB tak makan semenjak CB tinggalkan Malaysia. CB jumpa tauhu.. Feveret CB tu..Benda yg boleh dikatakan mustahil di Morocco ni.

 Tanpa melengahkan masa, CB present kat youalls SAMBAL TAUHU HOLIAW!!



Sunday, August 7, 2011

Terima kasih pengunjung!!!


Assalamualaikum W.B.T

Sedar tak sedar, dah 5 bulan CB mula menulis dalam blog ChefBujang ni. Walaupun x banyak sangat post, CB akan cuba post resepi-resepi secara konsisten. Insyaallah..

CB di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ni yg sudah mencecah 500 site visits. Insyaallah, CB akan cuba puaskan hati semua pengunjung CB. Tidak dilupakan juga mak abah di kampung, sahabat-sahabat , serta yang mengenali diri ini. WTFish ?? Terima kasih kepada para follower CB yg setia mengikuti perkembangan blog ni .. Ergh!!

Jika anda para pengunjung blog ingin request resepi untuk CB masak, boleh request dekat comment box atau medium-medium yang dirasakan sesuai.

Boleh juga jika anda ingin resepi anda disiarkan di blog CB. Kredit kepada anda akan CB tulis di akhir resepi.


Friday, August 5, 2011

Harirah (حريرة)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bersempena dengan Bulan Ramadhan , CB akan berkongsi dgn anda semua satu resepi hidangan berbuka puasa tradisi Morocco yang sangat berkhasiat dengan kekacang dan sayuran. So lets get started!!


Bahan-bahan :


  • 5 biji tomato dikisar *
  • 2 biji bawang besar (spring onion) dicincang halus *
  • 50 g daun parseli dan ketumbar dicincang *
  • Sebatang saderi dipotong kecil *                                                             
  • 2 sudu kecil serbuk halia *
  • 200 g ayam atau daging dipotong halus 
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam *
  • 1 sudu besar mentega *
                         (* bahan A)


  • 1 mangkuk kacang kuda (direndam semalaman) **
  • 1 mangkuk  kacang lentil (direndam selama sejam) **                   
  • 50 g sohun / vermicelli **
  • .2 sudu besar pes tomato **
            ( ** bahan B)



  • 2 liter air ***
  • 3 sudu tepung ***                                                                 
  • 2 biji telur ***
         ( *** bahan C)



Penyediaan :


  • Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan tambah air.  Tutup periuk dan masak bahan-bahan dengan api sederhana selama 45 minit. Kacau sekali sekala.
  • Masukkan pula bahan-bahan B (kacang kuda, lentils, pes tomato, sohun) . Kacau rata.
  • Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam harirah sambil dikacau.
  • Biarkan selama 10 minit lagi.
  • Pecahkan telur ke dalam harirah dan kacau.
  • Sedia dihidanng bersama roti dan kurma.
Selamat mencuba!! Bonne nuit appetite!!