Klik! Klik! Klik! Terima Kasih..

Tuesday, June 21, 2011

Puding Makaroni Jagung (Prep. Time : 1 hour)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمت الله

CB dah tamat tempoh pertapaan dah hari ini, seperti yg CB janjikan, CB akan berkongsi dengan anda satu lagi resepi yg menarik dan sesuai dikala musim panas membahang ni.

CB nk kongsi dengan anda semua mcm mana CB boleh dapat idea resepi ni. Sebenarnya resepi ini telah diinspirasikan oleh Mak CB yg tercinta. Masa CB telefon mak CB utk lepas rindu. Mak CB tnya la psal makan minum CB. Tp mak CB tak risau taw sebab.....heee... Maka tersebut la pasal makanan rutin CB iaitu Spaghetti dan Makaroni...Dgn itu, tercetus la idea Puding Makaroni Jagung ni..Tp CB dah ubah sedikit konsepnya...

Jadi dengan rasa bangganya besar hatinya, CB persembahkan..Enjoy!!





Bahan-bahan :

  • 100 g Makaroni saiz 'S' (Direbus dan ditos)
  • 1.5 liter susu (CB suggest Susu Jagung Dutch Lady)
  • 1 cawan gula
  • 10 g serbuk agar-agar (yg bentuk tali rafia pon ok)
  • 2 st esen vanila
  • 1 st pewarna kuning telur
  • 2 cawan air
  • 1/2 st garam
  • 50 g sweet corn (tambah la kalau nak lebih)



Cara Penyediaan :

  1. Tuangkan susu kedalam periuk. Masak diatas api kecil. Susu perlu sentiasa dikacau.
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau sampai gula dan garam larut.
  3. Masukkan esen vanilla dan pewarna.Kacau sampai warna sebati. (Kalau warna x cukup lg, tambah le..)
  4. Masukkan lagi makaroni dan jagung lalu dikacau lagi.
  5. Kacau lagi selama 2 minit dan tutup api.
  6. Didihkan 2 cawan air dalam bekas lain. Masukkan serbuk agar-agar.
  7. Kacau sampai agar-agar larut dan tidak kelihatan lagi.
  8. Akhir sekali, campurkan adunan susu yg dah siap tadi dengan agar-agar. Kacau sebati.
  9. Tuangkan kedalam loyang macam CB punya atau bekas yg anda suka. Biarkan sejuk sebelum disejukkan dalam peti sejuk.



Dah siap..

____________________________________________

CB sempat curi sikit sebelum CB campur dengan agar-agar. Hasilnya..


Bubur Makaroni Jagung!!!

Friday, June 10, 2011

Chef Bujang nak pegi bertapa...

Bismillah...

Tuuchak!!! Hehehe..suke la tuh!!



أولا, أشكركم أيها المتبعين على إنتباهكم و اتباعكم لمدونتي(الموقيع الإليكتروني) ...جزاكم الله خيرا جزاء..وإن شاء الله تعالى سأكتب لكم الوصفات الميسرة و اللذيذة إن شاء الله

Pertama sekali, CB nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Followers CB yg baru 7 org setakat ni... Kak Anis ,Shahril, IzyanNazihah ,Alynn ,DaunKuchai,Fizah,Hana Szeid...dan viewers CB yg beri sokongan dan cadangan. InchAllah CB akan menulis untuk anda resepi2 yg menarik dan yg berkategori BUJANG...hee


Sbnrnya bermula dari post ni, CB akan bertapa seketika untuk beri laluan kepada final exam CB dr 13-20 Jun ni...Doakan agar CB dapat jawab dgn tenang dan baik..

Inchaallah..CB akan kembali dengan resepi2 menarik selepas selesai pertapaan CB...


Till then, wassalam....

Ade mcm ^%$#@ tak??? Haktuih!!

Wednesday, June 8, 2011

Ketupat Hanyut (Tempoh : 15 minit )

Assalamualaikum W.B.T


Time cuti mcm ni mmg sesuai untuk masuk dapur dan buat kecoh!!!! Hahahaha....

Biasala kan kalau rumah bujang warisan zaman berzaman ni macam2 kita akan jumpa.. Sama ada dah expired ataupun hujung2 tempoh hayat...ekekekeke...

ChefBujang jumpa ketupat nasi Adabi...Kalau nk simpan untuk raya pon kompom x sompek dah... Tengok ketupat tu pon dah merayu sangat nk jadi nasi.. Dah tak sanngup nk jd beras anymore.. Exiled..Cian plak CB tgk..

Nak buat apa ha?? ChefBujang tak khatam lagi kuah kacang.. Fakkir2!!!....
-
-
-
-
-
-
-
    (bunyi cengkerik kedengaran)
-
-
-

Ahha!!!!  Tadaa..................


Berikut adalah mangsa-mangsa CB :

4-5 pek mini ketupat Adabi (dipotong mengikut saiz mulut)
4 sb serbuk kari ayam/ikan *(dibuat pes)
2 sb bawang merah dan putih yg ditumbuk halus
1 st cuka makan (jgn cuka getah plak)
1 sb serbuk lada hitam
1.5 cawan air (ikut kepekatan)



Dah ready?? Jom masak!!

Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Tumiskan pes bawang dua beradik tadi.
Bila dah naik bau harum, tutup api. Dah siap....keh3...Masukkan pes serbuk kari semua sekali. Tumis sampai pecah minyak. Jika agak kering, tambahkan sedikit air.
Kemudian, masukkan cuka, dan lada hitam (ikut selera)
Cubit garam dan gula sikit campak dalam kuali. Biaq sat na..
Rasa sikit. Kalau dah puas hati, masukkan ketupat tadi.
Gaul sebati dan biarkan seketika utk memberi peluang kepada kuah td utk berkenalan dengan ketupat.
Sedia ditayang kepada rakan2 anda.Pastikan mereka jelezz...
Selamat mencuba.....


_______________________________________________________________________________
P/s : * pes kari terhasil dari campuran serbuk kari dan air dikacau sebati sampai pekat...